Pages

Sunday, 2 January 2011

Art of Writing

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Jari rancak mengatur gerak
Sedangkan fikiran pantas menyusun aksara


Bila aku terasa mahu menulis
Menulislah aku
Di atas kertas tisu
Apa saja yang bisa nampak dakwatnya

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Ketika riuh suasana
Ketika sepi menjelma

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Muntahkan segala bicara jiwa
Dalam ukir setiap kata

 Hak Cipta:  Siti Nurhayati Dollah