Pages

Friday 31 December 2010

Art of Photography

Assalamualaikum....


Video kat bawah ni dihasilkan daripada hasil tangkapan Mrs.ayie pada majlis pertunangan Nik Nurehan .  Dah beberapa bulan berlalu.  Mrs.Ayie pun dah lama tak pegang kamera huhu.. T___T Sedih di situ...





*  Mrs.Ayie akan rasa tersentuh setiap kali tengok video ni *

- Tanda bahagia bila orang yang terdekat dengan Mrs.Ayie sorang demi sorang menemui kebahagiaan masing-masing* Alhamdulillah

Ku ucapkan selamat pagi


Assalamualaikum... Selamat Pagi...

Pagi Jumaat ni ramai yang santai-santai sahaja di rumah.  Cuti semperna kemenangan pasukan bola Sepak Malaysia. :)  Kelantan,  Kedah,  dan Terengganu memang dah cuti hari Jumaat,  jadi kami dapat cuti hari Ahad.  Cuti yang panjang nampaknya.  


Mrs.Ayie tak de plan pun nak ke mana-mana.  Harapannya nak duduk rehat di rumah sambil buat kerja-kerja yang tertangguh.  Nak rehatkan kereta sebab dah hari-hari dok pi sana pi sini kan.  Bagi kereta ruang berehat sikit. Pagi ni indah,  dengan hujan berselang seli dengan sinar matahari... ;) Syukur Ya Allah... 

Thursday 30 December 2010

Art of glass painting

Assalamualaikum..

Habislah.. sawan update blog dah menyerang.  Huhuhuuhuhu. Sabar jer lah.  Disebabkan update kat mrs.ayieblog.com ada script error apa semua tu I don't care (care sebenarnya).  Jadi Mrs.Ayie nak kongsi sekali lagi blog yang ada jual peralatan seni lukisan kaca ni.  Mrs.Ayie susah okey nak cari cat kaca ni,  jadi mungkin ada jugak yang tengah cari tapi tak jumpa-jumpa.  Meh sini Mrs.Ayie nak kongsi.




Klik pada gambar di atas.. yang akan membawa kita terbang ke website yang jual macam-macam jenis barang untuk macam-macam jenis art.  Seni Lukisan Kaca, seni kertas, seni pasir, seni macam-macam berseni lagi boleh ada kat situ.  



Pada yang baru nak berjinak-jinak,  dan agak-agak masih tangan bangku macam Mrs.Ayie ni.  Jangan gundah gulana sebab kat dalam Glass Deco Kit dah disediakan design-design asas untuk beginner.  Asalkan jangan gigil sudah lah.  

*Mood happy sebab dah jumpa bahan-bahan yang dicari*

Mrs.Ayie kat sini

Assalamualaikum...

Aduh.. Mrs.Ayie baru okey ni daripada terkena mood down tak menentu.  Down sebab Mr.Ayie call, cakap blog kena suspended disebabkan blog Mrs.Ayie.com.  Semua blog ye dibawah ayieblog hanya disebabkan script error di mrs.ayieblog.com .. Habis apa perasaanku?  Rasa bersalah teramat.  Amat rasa bersalah okey.  Terus down di situ serta merta.  Terus rasa nak merajuk masuk batu belah batu bertangkup,  terus rasa nak tak ada hubungan dengan internet, blog, dan semua berkaitan.  Emo terlebih sudah.


Tapi tak apa... life must go on katanya kan.  Biarkan Mr.Ayie menyelesaikan apa yang patut. Tak mau bagi tekanan kat dia dah.. nanti dia jadi bertambah sengal.  Huhuhu.. sabar jer lah.  Sementara tu,  Mrs.Ayie nak tetap menulis kat sini.  ^-*