Pages

Saturday 12 February 2011

Missing



I am missing you
i am regret i am excited to leave you before
I am really miss you right now
Deep inside my heart

Universiti Putra Malaysia
I really miss you
I miss to capture your beautiful view
Yes I do miss you

Sunday 6 February 2011

Getar Hati

Semakin ku rasakan pasti
Curiga semakin menghunus
Semakin dekat
Semakin jauh

Dalam getar hati
Ku rasakan
Ada getar rasa
Sukar ditafsirkan

Kini aku harus belajar
Belajar menerima
Belajar di mana tempatku
Belajar untuk menjadi faham

Maaf bila getar hati ini
Selalu membikin gundah
Lalu mentafsir salah telahan
Menjadikan curiga semakin bertahta

Tuesday 1 February 2011

BiCara Hati

Ada waktunya
aku tidak mahu melihat
dan hanya mahu diam
tidak mahu mendengar
kerana aku hanya mahu tiada tahu


Ada waktunya
aku yang mahukan begini
dan ini bukan lagi pilihan
jika ini sahaja yang ada
aku harus begini!

Sunday 2 January 2011

Art of Writing

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Jari rancak mengatur gerak
Sedangkan fikiran pantas menyusun aksara


Bila aku terasa mahu menulis
Menulislah aku
Di atas kertas tisu
Apa saja yang bisa nampak dakwatnya

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Ketika riuh suasana
Ketika sepi menjelma

Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Muntahkan segala bicara jiwa
Dalam ukir setiap kata

 Hak Cipta:  Siti Nurhayati Dollah