Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Jari rancak mengatur gerak
Sedangkan fikiran pantas menyusun aksara
Menulislah aku
Jari rancak mengatur gerak
Sedangkan fikiran pantas menyusun aksara
Bila aku terasa mahu menulis
Menulislah aku
Di atas kertas tisu
Apa saja yang bisa nampak dakwatnya
Menulislah aku
Di atas kertas tisu
Apa saja yang bisa nampak dakwatnya
Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Ketika riuh suasana
Ketika sepi menjelma
Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Muntahkan segala bicara jiwa
Dalam ukir setiap kata
Menulislah aku
Ketika riuh suasana
Ketika sepi menjelma
Bila terasa mahu menulis
Menulislah aku
Muntahkan segala bicara jiwa
Dalam ukir setiap kata
Hak Cipta: Siti Nurhayati Dollah
2 comments:
wow!!!
gue macam belajar sastera plak..
ehheee
;) Menulis tu perlu.. tak kira pelajar sastera atau tidak. ;)
Post a Comment